Kesihatan Mental

Not Good Enough – Kenapa Rasa Tak Cukup Bagus?

0 Comments
Anda kerap ragu dengan diri sendiri, sentiasa rasa kurang, tidak yakin, dan tidak puas hati dengan diri sendiri? Mempunyai perasaan tidak cukup bagus atau “not good enough” secara berterusan adalah sesuatu yang mencabar. Kesannya mungkin boleh merebak kepada aspek lain dalam hidup seperti keharmonian dalam perhubungan, persahabatan atau prestasi pekerjaan. Sebagai kaunselor, saya juga kerap...Read More

‘Toxic Positivity’ – Bila Terlalu Positif Jadi Racun

0 Comments
Positif. Perkataan yang menggambarkan hal-hal yang baik dan bagus. Tetapi apa pula positiviti toksik (toxic positivity)? Menurut Dr Jaime Zuckerman, psikologis klinikal dari Pennsylvania, ia adalah satu cara fikir bahawa, walau apa pun masalah berlaku, atau apa pun ketegangan emosi yang dihadapi oleh seseorang, mereka perlu mempunya cara fikir yang positif (positive mindset) sahaja atau...Read More

Kebimbangan (Anxiety) – Tanda Ini Patut Diperiksa Lebih Awal

0 Comments
Rasa bimbang atau cemas adalah perasaan normal yang dialami oleh ramai orang, terutamanya apabila ada sesuatu yang penting yang sedang atau akan dihadapi. Namun, orang yang mempunyai masalah kebimbangan atau kita sebut sebagai anxiety disorder mengalami perasaan cemas dan bimbang secara keterlaluan dan dalam tempoh yang lama. Tanda-tanda di bawah seharusnya diperiksa lebih awal. 1....Read More

Beza Psikiatris vs Psikologis Klinikal vs Kaunselor

0 Comments
Psikiatris Psikiatris adalah seorang doktor perubatan, yang telah menjalani pengajian dan latihan perubatan, kemudian mendapatkan kepakaran dalam bahagian psikiatri, sama seperti doktor yang pakar dalam bahagian tulang, pakar perbidanan serta sakit puan dan lain-lain. Rawatan yang boleh diberikan oleh seorang psikiatris merangkumi diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit mental dari peringkat ringan sehingga kes kronik. Antara...Read More

Apa Itu Kemurungan atau Depresi?

0 Comments
Kemurungan atau dalam bahasa Inggerisnya depression adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. Kemurungan ini boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Penyebab Yang Boleh Membawa Kepada Kemurungan Tanda-tanda dan Gejala Kemurungan Walaupun punca-punca...Read More

3 Benda Ini Jika Dilakukan Setiap Hari, Boleh Menyekat Rasa Bahagia

0 Comments
1 – Merungut Tentang Banyak Benda Pernah tak anda berjumpa dengan orang yang suka merungut – dari sekecil-kecil hal seperti rasa makanan, sehingga ke cerita-cerita politik dan negara. Sekilas pandang, nampak seperti hidupnya sangat tak bahagia dengan banyak benda. Dan kita sebagai pendengar boleh berasa penat mendengar rungutan yang tak berkesudahan. Tetapi kita juga mungkin...Read More

Faktor-faktor Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan Mental

0 Comments
Kesihatan mental boleh difahami sebagai kesejahteraan diri yang berkait dengan keadaan fizikal, emosi dan sosial. Ia ada naik dan turunnya dan boleh berubah-ubah bergantung kepada keadaan diri dan apa yang dilalui. Berikut faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang. #1 – Kendiri #2- Persekitaran #3- Pengalaman Lalu atau Trauma #4- Hubungan Dengan Orang Lain *Masalah-masalah...Read More

Hidup Rasa Kosong – 5 Tips Cari Semula Arah Tuju

0 Comments
Semakin kita dewasa, hidup seolah-olah mengejar dan menuntut kita untuk ada jawapan kepada semua perkara. Kestabilan kerja, kewangan, perhubungan, masa dengan keluarga dan banyak lagi. Semakin lama rasa semakin berat, mungkin tersepit juga, atau berbelah bahagi. Apa yang dibuat rasa tak bermakna, dan tugasan-tugasan kecil pun terlihat seperti gunung yang akan menghempap perasaan pada bila-bila...Read More

Bertangguh – Masalah Pengurusan Masa Atau Pengurusan Emosi Sebenarnya?

0 Comments
Setiap orang pasti ada masanya rasa ingin bertangguh. Contohnya, ingin lipat baju atau mengemas rumah pada hujung minggu. Tetapi orang yang memang tabiatnya suka bertangguh biasanya memang sengaja mencari sebab untuk mengelak hal-hal yang susah dilakukan kerana ada emosi yang membuatkan mereka rasa tidak selesa. Bertangguh dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai procrastination. Ia berasal daripada...Read More
15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0