KKM Lancar Talian Heal, Bantu Tangani Isu Kesihatan Mental
Talian HEAL 15555, Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah beroperasi semalam (21 Oktober 2022). Ia bertujuan memberikan bantuan awal kepada individu yang menghadapi masalah kesihatan mental.
Talian ini dikendalikan Pegawai Psikologi (Kaunseling) KKM dan petugas operator terdiri daripada kaunselor terlatih untuk membantu para pemanggil. Setakat ini, ia beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum.
Talian HEAL juga merupakan penambahbaikan kepada Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang diwujudkan semasa pandemik Covid-19 bagi menawarkan bantuan sokongan emosi dan psikososial.
Selain Talian HEAL, orang ramai juga boleh menghubungi Talian KASIH 15999, yang sedia ada wujud sejak 2020 yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat.