51% Pekerja Di Malaysia Berhadapan Masalah Stres Tempat Kerja

0 Comments

Masalah stres tempat kerja bukan masalah yang baru didengari, tetapi ia semakin memburuk dengan pandemik dan masalah tekanan ekonomi semasa.

Menurut tinjauan oleh AIA Vitality pada tahun 2019, pekerja di Malaysia mengalami peningkatan masalah kurang tidur dan juga lebih kerja.

51% daripada mereka menghadapi sekurang-kurangnya satu masalah berkaitan kerja. Manakala 53% mendapat tempoh tidur kurang daripada 7 jam sehari.

Dapatan ini menguatkan lagi laporan kajian yang pernah dikeluarkan oleh Relate Malaysia pada tahun 2018, yang mendapati bahawa 4.57 juta pekerja usia dewasa melaporkan masalah berkaitan kesihatan mental.

Walau bagaimanapun, langkah baru yang lebih baik dilihat apabila pindaan Akta Pekerjaan bakal dibuat yang mana waktu bekerja akan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam serta fleksibiliti dalam pengaturan kerja. Pindaan baru ini akan mula berkuatkuasa pada 1 September 2022.

Langkah ini diambil bagi memastikan pekerja mendapat lebih masa rehat yang berkualiti dengan keluarga sekaligus meningkatkan produktiviti bekerja.

Previous Post
Awas Perangkap Menyalahkan Diri
Next Post
7 Cara Bergaduh Dengan Pasangan
natirahazira

Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

0 Comments

Leave a Reply

15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0