Faktor-faktor Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan Mental

0 Comments

Kesihatan mental boleh difahami sebagai kesejahteraan diri yang berkait dengan keadaan fizikal, emosi dan sosial. Ia ada naik dan turunnya dan boleh berubah-ubah bergantung kepada keadaan diri dan apa yang dilalui. Berikut faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang.

#1 – Kendiri

  • Rasa kekurangan pada diri sendiri
  • Ketagihan pada aktiviti online
  • Kurang keyakinan diri
  • Rasa diri tidak berharga
  • Rasa sunyi dan terasing daripada orang lain
  • Rasa bersalah

#2- Persekitaran

  • Persekitaran tempat tinggal yang tidak selesa
  • Persekitaran tempat kerja

#3- Pengalaman Lalu atau Trauma

  • Didera secara verbal (percakapan), fizikal atau emosi
  • Sering dipulaukan
  • Teruk dibuli
  • Menerima ugutan
  • Kematian ahli keluarga

#4- Hubungan Dengan Orang Lain

  • Kurang diberi perhatian oleh orang yang dikasihi
  • Perselisihan faham dengan keluarga atau rakan-rakan
  • Masalah dengan keluarga
  • Masalah dengan rakan sekerja atau pasangan

*Masalah-masalah dalam kategori ini biasanya banyak berkait dengan masalah komunikasi yang tidak berkesan.

#5- Lain-lain

  • Bimbang tentang masa hadapan
  • Masalah ekonomi diri sendiri atau keluarga
  • Beban akademik
  • Masalah kesihatan diri sendiri atau keluarga
  • Kerja yang tidak menentu atau tiada pekerjaan

Faktor-faktor di atas boleh menjejaskan kesihatan mental, tetapi tidak bermakna anda ada penyakit mental. Ia boleh diibaratkan seperti perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal juga, contohnya tidak mendapat rehat yang cukup, tidak makan makanan berkhasiat, tidak bersenam – boleh menjejaskan kesihatan fizikal.

Oleh itu, semak keadaan dan rutin anda dari semasa ke semasa agar kesihatan mental anda berada pada tahap yang baik.

Rujukan:

IYRES (2022). Kajian Profil Kesihatan Mental dalam Kalangan Belia.

Previous Post
Hidup Rasa Kosong – 5 Tips Cari Semula Arah Tuju
Next Post
Bila Anda Perlu Jumpa Kaunselor?
natirahazira

Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

0 Comments

Leave a Reply

15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0