Selangor Peruntuk Lebih RM200 Ribu Untuk Rawatan Kesihatan Mental

0 Comments

Kerajaan Negeri Selangor semalam (16 Januari 2023) mengumumkan bahawa sebanyak RM222, 600 akan diperuntukkan untuk rawatan kesihatan mental untuk rakyat negeri Selangor di bawah Program Subsidi Intervensi Psikiatri SEHAT.

Menteri besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan di laman Twitter miliknya bahawa peruntukan itu meliputi kos saringan, caj konsultasi pakar psikiatri, rawatan psikoterapi asas dan ubat-ubatan bagi dua minggu pertama rawatan kesihatan mental.

Orang ramai boleh mengambil manfaat ini dengan memuat turun aplikasi SElangkah dan mengemaskini fungsi Sehat 2.0. Fungsi yang ditawarkan dalam aplikasi ini antaranya ujian-ujian kesihatan mental, penambahan video psikopendidikan SEHAT, tambahan modul baru SEHAT, dan juga pendaftaran saringan psikiatri bersubsidi.

Usaha ini dapat membantu masyarakat yang memerlukan rawatan psikiatri untuk mendapatkan akses rawatan dengan cepat dengan kadar yang lebih murah memandangkan kos rawatan psikiatri di hospital swasta agak tinggi.

Previous Post
KKM Lancar Talian Heal, Bantu Tangani Isu Kesihatan Mental
Next Post
Herotan Kognitif (Cognitive Distortion) – Pemikiran Berat Sebelah Yang Mengundang Konflik
natirahazira

Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

0 Comments

Leave a Reply

15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0