‘Toxic Positivity’ – Bila Terlalu Positif Jadi Racun

0 Comments

Positif. Perkataan yang menggambarkan hal-hal yang baik dan bagus. Tetapi apa pula positiviti toksik (toxic positivity)? Menurut Dr Jaime Zuckerman, psikologis klinikal dari Pennsylvania, ia adalah satu cara fikir bahawa, walau apa pun masalah berlaku, atau apa pun ketegangan emosi yang dihadapi oleh seseorang, mereka perlu mempunya cara fikir yang positif (positive mindset) sahaja atau positive vibe.

Tanpa sedar, ia boleh menjadi racun pada diri dan orang lain.

Emosi yang negatif dan sukar, dilihat hanya dari sudut yang buruk. Contohnya, rasa kecewa, sedih, marah dan cemburu langsung tidak bagus, dan perlu dibuang segera dari diri, lantas menafikan emosi-emosi ini yang sebenarnya normal bagi setiap manusia. Emosi negatif biasanya ada punca, dan perlu difahami.

Selain itu, dengan mempunyai positiviti toksik ini, ia menghalang kita daripada berdepan dengan masalah yang sebenarnya, umpama anda hanya menyapu kotoran ke bawah karpet. Hakikatnya kotoran itu masih ada, belum disapu dan dibersihkan.

Kata Dr Zuckerman lagi, positiviti toksik ini sebenarnya adalah satu cara mengelak dari berdepan dengan sesuatu ketidakselesaan dalam diri. Tetapi tanpa sedar, apabila anda mengelak dari berdepan dengan emosi negatif dan menyorokkannya ke dalam diri, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Ia boleh membawa kepada masalah kebimbangan (anxiety), kemurungan dan memburukkan kesihatan mental secara kesuluruhan.

Ringkasnya, sebagai manusia kita tidak hanya boleh memilih perasaan-perasaan yang positif atau yang kita rasa selesa sahaja. Setiap perasaan, yang kita suka atau tidak, perlu diakui, difahami kemudian diurus dengan bijak.

Rujukan:

Simone Marie. (2023, July 4). ‘Toxic Positivity’ Is Real – and It’s a Big Problem During the Pandemic. Healthline. ‘Toxic Positivity’ Is Real — and It’s a Problem During the Pandemic

Previous Post
Kebimbangan (Anxiety) – Tanda Ini Patut Diperiksa Lebih Awal
Next Post
9 Salah Faham Yang Selalu Timbul Tentang Kaunseling
natirahazira

Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

0 Comments

Leave a Reply

15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0