Kebimbangan (Anxiety) – Tanda Ini Patut Diperiksa Lebih Awal

0 Comments

Rasa bimbang atau cemas adalah perasaan normal yang dialami oleh ramai orang, terutamanya apabila ada sesuatu yang penting yang sedang atau akan dihadapi.

Namun, orang yang mempunyai masalah kebimbangan atau kita sebut sebagai anxiety disorder mengalami perasaan cemas dan bimbang secara keterlaluan dan dalam tempoh yang lama. Tanda-tanda di bawah seharusnya diperiksa lebih awal.

1. Susah Ingin Fokus

    Fikiran rasa serabut dan tidak dapat bertenang. Walaupun cuba fokus, minda tetap melayang dengan kebimbangan yang tak henti-henti. Kesannya, diri susah beri perhatian pada kerja atau perbualan.

    2. Cepat Letih

    Kebimbangan (anxiety) buat badan sentiasa dalam mod berjaga-jaga, menyebabkan badan anda cepat letih walaupun fizikal tak banyak bergerak.

    3. Sukar Tidur Atau Kerap Terjaga Di Tengah Malam

    Fikiran dirasakan terlalu aktif dan tak dapat direhatkan. Kesannya anda susah lena serta berasa gelisah mungkin tanpa sebab yang jelas.

    4. Mudah Marah atau Terharu

    Rasa bimbang keterlaluan membuatkan emosi anda tidak stabil – cepat rasa ingin menangis dan mudah marah atas perkara-perkara kecil.

    5. Pernafasan Jadi Laju Dan Tidak Teratur

    Rasa cemas boleh membuatkan pernafasan jadi tidak teratur – bernafas dengan lebih laju dari kebiasaan. Sesetengah orang mungkin rasa seperti tidak cukup nafas atau semput nafas (shortness of breath).

    Walau bagaimanapun, jika anda dapati kesemua tanda ini anda alami, tidak semestinya anda mempunyai anxiety disorder. Mungkin ada juga masalah lain yang berkait dengan kesihatan fizikal. Anda boleh rujuk kepada doktor terlebih dahulu atau berjumpa psikologis klinikal untuk melakukan pemeriksaan awal.

    Previous Post
    Konvensyen Kesihatan Mental 2025 – Hentikan Stigma, Kesihatan Mental Milik Semua
    Next Post
    ‘Toxic Positivity’ – Bila Terlalu Positif Jadi Racun
    natirahazira

    Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

    0 Comments

    Leave a Reply

    15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0