Strategi Meletakkan Azam Tahun Baru

0 Comments

Tahun baru akan tiba tak lama lagi. Ramai yang akan bercakap tentang azam baru atau matlamat yang ingin dicapai pada tahun hadapan. Tetapi jika anda rasa azam yang lama pun masih belum dicapai, apa kata kita tengok semula strategi anda menetapkan azam. Mungkin ada perkara yang perlu diperbaiki.

Matlamat yang bagus, menepati 5 syarat ini; Specific, Measurable, Achievable, Relevant, dan Time-Related.

1. Specific (Terperinci)

    Adakah matlamat anda spesifik? Contoh matlamat yang tidak spesifik ialah “Saya akan menurunkan berat badan”. Apa yang anda nak buat untuk menurunkan berat badan? Bagaimana caranya?

    Matlamat yang lebih jelas seperti; “Saya akan menurunkan berat badan dengan berpuasa setiap minggu pada tahun ini” atau “Saya hanya akan minum air manis sekali seminggu sahaja”

    2. Measurable (Boleh Diukur)

    Matlamat anda perlulah boleh diukur – anda boleh mengira progres dan penambahbaikan yang berlaku. Contoh sama diambil untuk penurunan berat badan; Dalam masa 2 bulan, berat turun sebanyak 1 kilogram. Contoh lain seperti ingin lebih sihat dengan bersenam – anda boleh mengukur masa bersenam contohnya sekali setiap minggu selama 1 jam, atau hanya minum air manis 1 gelas sahaja dalam seminggu.

    3. Achievable (Boleh Dilakukan dan Ia Realistik)

    Matlamat anda perlu realistik berdasarkan kemampuan anda. Contoh matlamat yang tidak realistik seperti; “Saya ingin menjadi penyanyi” sedangkan anda tidak ada suara yang merdu dan tidak mendalami bidang nyanyian. Jangan meletakkan matlamat kerana orang lain, dan tidak perlu sehingga mengabaikan kesejahteraan diri sendiri.

    4. Relevant (Ia Perlu Bermakna Untuk Diri Anda)

    Apabila anda meletakkan matlamat, ia perlulah bermakna dan penting untuk diri anda. Perkara ini agak subjektif kerana hal yang bermakna dan penting tidak sama untuk setiap orang. Tanya diri sendiri, apakah matlamat yang dirasakan bermakna untuk diri sendiri?

    5. Time-Related (Tempoh Masa)

    Anda perlu ada target masa sama ada berkaitan cara perlaksanaan atau tempoh masa untuk mencapai matlamat tersebut, Contohnya perlu buat setiap minggu, perlu dicapai dalam tempoh 3 bulan pertama tahun depan, atau pada pertengahan tahun, atau lain-lain.

    Untuk memudahkan lagi anda mengambil langkah-langkah di atas, anda boleh menggunakan teknik “pencetus tindakan” (action triggers) yang diperkenalkan oleh ahli psikologi German, Peter Gollwitzer dan Anja Achtziger.

    Caranya dengan menecetuskan persoalan “jika … maka … “

    Contoh:

    1. Jika saya makan kek, maka saya mesti minum air kosong selepas itu.
    2. Jika saya baring dan bermain phone lebih 1 jam, maka saya mesti baca buku selama 15 minit selepas itu.
    3. Jika saya shopping lebih daripada RM300 bulan ini, maka saya mesti menyimpan lebih RM100 berbanding kebiasaan.

    Anda boleh mencipta apa jua peraturan untuk diri sendiri mengikut kreativiti dan situasi. Semoga azam anda pada tahun ini lebih tersusun, seterusnya membantu anda semakin dekat dengan apa yang anda inginkan.

    Rujukan

    Doran, G. T. (1981). There’s a S.M.A.R.T. way to write management’s goals and objectives, Management Review 70(11), 35–36.

    Alós-Ferrer, C. (2022, December 30). The psychology behind new year’s resolutions that work. Psychology Today. https://www.psychologytoday.com/intl/blog/decisions-and-the-brain/202212/the-psychology-behind-new-years-resolutions-that-work

    Previous Post
    Apa Itu Kemurungan atau Depresi?
    Next Post
    Beza Psikiatris vs Psikologis Klinikal vs Kaunselor
    natirahazira

    Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

    0 Comments

    Leave a Reply

    15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0