Apa Itu Kemurungan atau Depresi?

0 Comments

Kemurungan atau dalam bahasa Inggerisnya depression adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. Kemurungan ini boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Penyebab Yang Boleh Membawa Kepada Kemurungan

  • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (neurotransmitter serotonin dan norephinephrine).
  • Keturunan – seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapinya.
  • Persekitaran – peristiwa hidup dan kekurangan sokongan sosial.
  • Penyakit-penyakit lain – penyakit seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidism boleh menyebabkan kemurungan.
  • Corak pemikiran – terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetuskan kemurungan. Ini termasuklah persepsi terhadap diri sendiri, kehidupan dan dunia secara keseluruhan.
  • Stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan jika tidak dikawal.
  • Peristiwa lain seperti penyalahgunaan dadah, ketagihan arak dan menghidapi penyakit kronik.
  • Kehilangan orang yang disayangi atau sedang melalui fasa baru selepas melahirkan anak.

Tanda-tanda dan Gejala Kemurungan

  • Kesedihan atau rasa kekosongan yang berpanjangan.
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi atau aktiviti yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  • Perasaan pesimistik dan mudah putus asa.
  • Perasaan bersalah.
  • Rasa diri tidak berguna.
  • Gangguan tidur – bangun terlalu awal atau tidur berlebihan.
  • Hilang selera badan dan penurunan berat badan.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan.
  • Pergerakan menjadi terhad/kaku atau gelisah.
  • Mudah cemas atau fobia.
  • Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
  • Pada peringkat yang teruk, ada rasa “lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.

Walaupun punca-punca dan tanda-tanda dirasakan seperti yang anda alami sekarang, penting untuk tidak membuat diagnosis sendiri. Penyakit kemurungan ini hanya boleh disahkan oleh pakar psikologi klinikal dan doktor psikiatri sahaja. Penyakit ini juga boleh dirawat, justeru ambil langkah yang betul untuk pemeriksaan lanjut sekiranya anda mendapati ada tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas.

Sumber:

Kementerian Kesihatan Malaysia. Risalah Kemurungan Apa Yang Anda Perlu Tahu.

Previous Post
3 Benda Ini Jika Dilakukan Setiap Hari, Boleh Menyekat Rasa Bahagia
Next Post
Strategi Meletakkan Azam Tahun Baru
natirahazira

Graduan ijazah sarjana dalam bidang kaunseling dari Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah mendalami bidang psikologi klinikal selama dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini bekerja sebagai kaunselor bagi sebuah NGO untuk kerja-kerja kemanusiaan.

0 Comments

Leave a Reply

15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://mindateduh.com 300 0